Isnin, 26 April 2010

SEJARAH BBQ KAMBING ~ SAYA







Asalamualaikum dan salam sejahtera kepada rakan-rakan dan taulan di alam maya yang mana pernah mengenali saya atau tidak...pertama kali bbqkambingmie.blogspot.com ke udara setelah sekian lama beroperasi dari surau dan kemudian menjejakkan kaki dari rumah ke rumah atas permintaan peminat-peminat bbq kambing @ kambing panggang...mudah-mudahan dengan izinnya...kepada yang belum berkesempatan menikmati hidangan ini akan dapat menikmatinya...jua.. suatu hari nanti...

Setelah hampir 3 tahun mengusahakan bbq kambing ini yang menjadi santapan istimewa surau Nur Ikhwan Rawang Perdana 1 akhirnya dengan penuh iltizam..dan juga istikharah padaNYa saya telah nekad untuk berhenti kerja bagi mengusahakan perniagaan ini secara sepenuh masa. Bermula dengan pertemuan di PDKM, saya telah membuat random pemasaran dikalangan orang luar yang baru dikenali, ternyata komen yang diterima memuaskan..seterusnya buat pertama kalinya ..dengan izinnya juga saya telah mendapat tapak gerai sempena pilihanraya kecil Hulu Selangor, selama 14 hari saya di sana bagi mempromosikan produk makanan muslim berkonsepkan fast food, alhamdulillah ternyata sambutannya yang diterima amat memberansangkan....pelbagai pelangan yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat dan juga jawatan serta kedududkan dengan ikhlasnya menghulurkan kata2 semangat dan juga peransang agar saya terus memajukan produk makanan muslim ini....

Dan kini bagi merealisasikan permintaan dan janji kepada pelanggan saya ...dengan penuh semangat saya berusaha untuk membuka kedai secara tetap di Bt 16 Jalan Rawang....insyallah akan beroperasi seawal Mei 2010....inilah antara gambar-gambar situasi peminat-peminat bbq kambing yang telah mencuba hidangan saya ini..insyallah mudah-mudahan dengan berkat doa saya, ahli keluarga, kawan2 didunia realiti dan maya serta istimewa buat sahabat kita di Mekah sana insyallah mudah-mudahan Allah membuka seluas-luasnya rezeki buat saya sekeluarga...mengusahakan produk ini secara kormesial...

2 ulasan:

ustaz eds berkata...

hidup mie....kambing panggang satu

sofian berkata...

Salam Mie...Tahniah