Isnin, 10 Mei 2010

Kambing Aqiqah ~ menu kambing panggang

Proses melapah kambing sedang di jalankan
Kambing yang telah disembelih sedia untuk dilapah

Kambing aqiqah yang telah disembelih



Kambing aqiqah yang masih hidup



Kandang kambing milik pembekal iaitu Ladang Ternakan Ulu Yam ~ Encik Mohd Sidek Hj Sher Mohd P.J.M dan Isterinya Puan Zaiton Bt Othman @ kak Cik
Mereka adalah pasangan yang baik hati dan peramah alhamdulillah dapat bertemu dengan mereka..pelbagai pengalaman dapat dikongsi...
Perkhidmatan yang disediakan ialah:
Membekal daging segar
Membekal susu segar..
Kursus dan latihan
Farm business talk
Khidmat nasihat membina ladang ternakan
dll
Inilah sebahagian maklumat yang ingin dikongsi, hari ini kebanyakkan menu untuk kambing aqiqah adalah kambing panggang. Kebiasaannya harga kambing aqiqah yang ditempah bagi saiz sederhana adalah RM 600.00.
Bila pemilik yang ingin menyediakan menu kambing panggang saya akan mengenakan caj bayaran keseluruhan RM 1000.00 siap disediakan layanan bakar dan juga set hidangan..termasuk coslow, brakoli, kentang goreng, karet dan kacang pes.
sambutan terhadap hidangan yang disediakan amat mengalakkan...Alhamdulillah
Proses yang saya kendalikan bermula dari pemilihan, pembelian kambing, penyembelihan dan penyediaan menu kambing panggang serta layanan kepada tetamu...seperti gambar2 yang telah dipaparkan..
Unutk makluman kambing aqiqah ini adalah untuk
adik Nur Damia Sofea Bt Mohd Abid Rabbani dari Bukit Idaman Selayang..





Khamis, 6 Mei 2010

Lagi kenangan kambing panggang di KKB

Saya & rakan2 jemaah bersama YB Mohd Sabu dan Ronnie lieu
Rakan2 jemaah happy bersama YB

Hilmi.........dah siap ker pelanggan dah tunggu lamer nih...



Bakar ...ssssssssh panas beb

Lamer tunggu nih....

Wah .....cik kak tu makan tak pandang belakang dah ..


YB malam tu makan bersama rakan2 nya

kambing panggang Don Hilmi

YB wanita juga turut serta menikmati menu kambing panggang..





Tu dia dah kerna serbu, tukang bakaq kambing dah kalut dah..

Tu dia kambing hak duk gantung tu 2 ekor...





PSssssst lemah dah lutut 5 jam diri nih...hehe
Inilah kenangan berniaga kambing di KKB, bermacam2 pengalaman dapat dikutip...
alhamdulillah satu semangat telah dapat disuntik dalam diriku bagi terus maju untuk mengusahakan perniagaan ini.
Aku nekad berhenti kerja demi mencari rezeki dalam bidang perniagaan...
Setelah lebih 15 tahun berkhidmat dalam jabatan kerajaan...
Walaupun aku tidak berkelulusan mana2 universiti, hanya sijil 4 tsnawi, hasil didikan ayahanda dan juga kelulusan dapur ibunda tercinta sendiri telah melayakkan diri aku untuk terlibat dalam bidang perniagaan makanan...ini.
mudah-mudahan berjaya suatu hari nanti...
Menapak atas perniagaan sendiri tanpa ada perkongsian dengan sesiapa ..
itulah cita2 dan hasrat peribadi aku...
agar jiwa perniagaan ini dapat dibentuk hasil dari titik peluh, semangat keyakinan diri sendiri serta sokongan isteri dan anak2 yang menjadi nadi
modus operandi .. ilham Ilahi....
Mudah-mudahan juga suatu hari nanti kaki ku dapat jua jejak ke tanah suci
dan meneruskan saki baki hidup ini....
membesarkan anak2 dan juga membahagiakan rumah tangga kami suami isteri.......


Wasallam














Selasa, 4 Mei 2010

Kenangan Berniaga di KKB

Ramainya pelanggan, sibuk tu..
Hidangan yang menanti kambing panggang
Sibuk nampak ..
Tu dia tokeh tengah sibuk kemas kini jualannya...
Bang jaga2 karang terbakar kambing tu..lansung tak dapat rasa hehehhe...
Persediaan dah ok ker....ramai orang menunggu tu
Aisehhh sempat lagi berposing tu...sibuk bang ...

Dah siap ker semua tuh ramai orang kat luar yang tak dapat lagi aar

Inilah antara kenangan berniaga di KKB tempohari, gambar2 ni ihsan dari biras saya yang datang berkunjung untuk melihat, akhirnya menjadi bidan terjun bertungkus lumus menyiapkan order pelanggan,..memandangkan agak kalut sikit waktu tersebut ramai pelanggan yang datang....sanggup menanti order walaupun lama...alhamdulillah

Isnin, 26 April 2010

SEJARAH BBQ KAMBING ~ SAYA







Asalamualaikum dan salam sejahtera kepada rakan-rakan dan taulan di alam maya yang mana pernah mengenali saya atau tidak...pertama kali bbqkambingmie.blogspot.com ke udara setelah sekian lama beroperasi dari surau dan kemudian menjejakkan kaki dari rumah ke rumah atas permintaan peminat-peminat bbq kambing @ kambing panggang...mudah-mudahan dengan izinnya...kepada yang belum berkesempatan menikmati hidangan ini akan dapat menikmatinya...jua.. suatu hari nanti...

Setelah hampir 3 tahun mengusahakan bbq kambing ini yang menjadi santapan istimewa surau Nur Ikhwan Rawang Perdana 1 akhirnya dengan penuh iltizam..dan juga istikharah padaNYa saya telah nekad untuk berhenti kerja bagi mengusahakan perniagaan ini secara sepenuh masa. Bermula dengan pertemuan di PDKM, saya telah membuat random pemasaran dikalangan orang luar yang baru dikenali, ternyata komen yang diterima memuaskan..seterusnya buat pertama kalinya ..dengan izinnya juga saya telah mendapat tapak gerai sempena pilihanraya kecil Hulu Selangor, selama 14 hari saya di sana bagi mempromosikan produk makanan muslim berkonsepkan fast food, alhamdulillah ternyata sambutannya yang diterima amat memberansangkan....pelbagai pelangan yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat dan juga jawatan serta kedududkan dengan ikhlasnya menghulurkan kata2 semangat dan juga peransang agar saya terus memajukan produk makanan muslim ini....

Dan kini bagi merealisasikan permintaan dan janji kepada pelanggan saya ...dengan penuh semangat saya berusaha untuk membuka kedai secara tetap di Bt 16 Jalan Rawang....insyallah akan beroperasi seawal Mei 2010....inilah antara gambar-gambar situasi peminat-peminat bbq kambing yang telah mencuba hidangan saya ini..insyallah mudah-mudahan dengan berkat doa saya, ahli keluarga, kawan2 didunia realiti dan maya serta istimewa buat sahabat kita di Mekah sana insyallah mudah-mudahan Allah membuka seluas-luasnya rezeki buat saya sekeluarga...mengusahakan produk ini secara kormesial...